سْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ
Aku tahu engkau begitu indah bagiku..
Sesempurna didaun tombak mataku...
Setajam kilatan izzah dalam dirimu...
Mengalir anggun disetiap belaian zikir pada Rabbmu..
Berdegup lirih setiap jengkal ikhlas dalam ronggamu...
Tiada dapat kulalaikanmu dalam doaku...
Hingga tetesan hujan kembali kemuara yang baru..
Tiada kualpakan mu dalam benaku hingga setiap sudut senja menghitam kelabu...
Aku tahu wahai dirimu yang menginginku seperti keinginan tanah gersang pada rintikan air hujan...
Aku tahu wahai yang mengharapku seperti harapan kabut ketika petir menghujam...
Aku tahu wahai yang merinduku seperti rindunya bulan mengharapkan sang malam...
Namun wahai hawa..
Aku tiada baik bagimu...
Engkau begitu suci bagiku...
Engkau penderma keteduhan jiwaku...
Kumbang yang membawa semangat keimanan dalam sukmaku...
Hawa. . .
Masihkah kau mau menerima segala kealpaan...
Diri yang sekian hina...
Masihkah kau sentiasa memayungiku...jika kuterjatuh dalam nista...
Hawa ajari aku Mengenal Rabbmu...
Seperti kedekatanmu itu. . .
Hawa ajari aku mencinta Rabbmu..
Seperti kecintamu pada Rabbmu itu...
kucoba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga tapi mungkin kerana airnya ta sesegar telaga kautsar pelepas dahaga..
Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepadanya tapi munkin kerana isinya tiada sempurna tiada seri,,
Padamu Ya Allah,,Tuhan hadiahkan lah rindu-Mu Kepadaku Tuhan Kurniakanlah kasih-Mu kepadaku Moga kutau Syukurku adalah milik-Mu
0 comments:
Post a Comment